Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 5, 2011

Muffin Pisang Kukus

Malam Jumaat lepas aku balik kg. Jumpa mak uda.. isteri baru abah... baik dan rajin orangnya. Hari Ahad lepas zohor aku bertolak balik ke serdang. Pisang kat rumah abah kubawa balik sekali. Dan hasilnya... muffin pisang kukus yg ku buat semalam. Tanpa pewarna... asli, sedap dan gebu...

Resepinya:
1 cawan tepung gandum
4 biji pisang emas
100ml minyak*
1/2 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
4 sudu besar gula*
1/2 sudu kecil garam*
1 biji telur*

Cara membuatnya:
Pisang dilenyek dalam bekas kemudian masukkan bahan yg bertanda * ke dalamnya. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan kacau rata.
Tuang ke dalam acuan dan kukus 20 minit dengan api sederhana.

Di bawah ni versi campuran gula merah...



Yang ni pulak muffin pisang coklat rise...










No comments:

Post a Comment