Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 22, 2011

Mana perginya aku...

Aku ni sebenornya macam dah hilang mood untuk menulis dalam blog ni.. malas nak upload gambar pun satu hal... entahlah... bila akan berakhir episod malas aku n????

Wednesday, July 27, 2011

Bakul Suratkhabar - Macam-macam bentuk...

Dah lama tak update blog ni... hari ni nak upload bakul suratkhabar yg aku dah buat...
Siapa-siapa yang berkenan tu... bolehlah buat sendiri ya... tak susah pun...



















Friday, June 10, 2011

Anyaman Tudung Saji dari Suratkhabar

Wahhh... puashati betullll dapat buat tudung saji niii... lepas ni nak buat bakul 4 segi ngan penutupnya sekali.... tengah kemaruklah.. Pastu nak beli varnish pulak...



Kek Nescafe Coklat

Sedapnya kek ini... buat sampai 3 kali... resepi dari internet. Taufiq, anak sulungku dah tempah kek ini untuk harijadinya bulan Julai nanti... Haha dah dapat pelanggan dahhh...
Gambar Taufiq dan Arif semasa hari keluarga anjuran syarikat tempat aku bekerja..
 

Roti Sosej.

Buat roti lagi... kali ini roti sosej pulak. Dapatlah 16 buku roti... 10 Hidayah bawak rumah mak dia, 2 ketul suami bawa pegi keja 4 ketul lagi untuk aku makan kat opis...





Wednesday, June 1, 2011

Spiral Box for Idea Box Competition

Ciptaanku untuk menyertai pertandingan yg dianjurkan oleh syarikat tempat aku mencari rezeki. Daripada kertas suratkhabar... Inilah hasilnya...









Roti Manis Coklat Urai & Roti Manis Biasa

Lagi gambar roti yang diuli sendiri... mudah saja buat roti ni... tak perlu tunggu sampai 2 kali kembang.
Bahan-bahannya:
300g tepung gandum
2 sudu besar minyak sayuran
sedikit garam
2 sudu besar susu tepung
(gaul rata bahan diatas)
140ml air suam
1 sudu besar (paras rata) yis segera
3 sudu besar gula
(satukan air suam, yis dan gula, then kacau hingga gula larut. Biarkan 5 minit sehingga yis berbuih)

Kemudian tuang larutan yis ke dalam adunan tepung tadi. Uli hingga tidak melekat dijari. Tambah tepung sedikit jika adunan lembik. Bentukan bulat-bulat dan susun di loyang. Biarkan 45 minit untuk doh kembang. Kemudian bakar selama 20 minit suhu 180deg Celcius.

Nota: Tidak perlu tunggu kembang 2 kali.

Tada... inilah hasilnya: lembut dan gebu...





Friday, May 6, 2011

Roti Manis

Roti ni buat masa balik dari Trolak. Sedap dan lembut. Tanpa bread maker, tanpa softner, tanpa telur dan tanpa perap 2 kali.

Inilah hasilnya... Rasanya macam Bun KFC. Cubalah...

Resepinya adalah:
Bahan A
300g tepung gandum
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar minyak masak
sedikit garam
1/2 sudu bread improver
(satukan bahan di atas dan gaul rata)
Bahan B
4 sudu besar gula*
2 sudu besar yis segera*
140ml air suam*
(*satukan, kacau hingga gula larut dan biarkan yis kembang dlm masa 5 minit)

Tuang Bahan B ke dalam Bahan A. Uli hingga tidak melekat dijari. Dalam 10 minit. Tambahkan sedikit air jika perlu supaya doh lembut sedikit. Tidak perlu tunggu kembang. Bentukkan bulat2 kecil. Buat hingga habis. Biarkan 2 jam. Bakar selama 15 minit atau hingga kekuningan.


Workcamp di Felda Residence, Trolak

3-5 Mei lepas terpaksa pergi workcamp di Trolak... tapi nak buat cam mana dah urusan kerja... yelahhh harus patuh arahan kerana punca rezeki... terpaksa tinggalkan baby 2 malam. Perjalanan pergi hujan lebat dan balik pulak panas terik...





 Kolam Air Panas, Ulu Slim