Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 10, 2011

Anyaman Tudung Saji dari Suratkhabar

Wahhh... puashati betullll dapat buat tudung saji niii... lepas ni nak buat bakul 4 segi ngan penutupnya sekali.... tengah kemaruklah.. Pastu nak beli varnish pulak...



Kek Nescafe Coklat

Sedapnya kek ini... buat sampai 3 kali... resepi dari internet. Taufiq, anak sulungku dah tempah kek ini untuk harijadinya bulan Julai nanti... Haha dah dapat pelanggan dahhh...
Gambar Taufiq dan Arif semasa hari keluarga anjuran syarikat tempat aku bekerja..
 

Roti Sosej.

Buat roti lagi... kali ini roti sosej pulak. Dapatlah 16 buku roti... 10 Hidayah bawak rumah mak dia, 2 ketul suami bawa pegi keja 4 ketul lagi untuk aku makan kat opis...





Wednesday, June 1, 2011

Spiral Box for Idea Box Competition

Ciptaanku untuk menyertai pertandingan yg dianjurkan oleh syarikat tempat aku mencari rezeki. Daripada kertas suratkhabar... Inilah hasilnya...









Roti Manis Coklat Urai & Roti Manis Biasa

Lagi gambar roti yang diuli sendiri... mudah saja buat roti ni... tak perlu tunggu sampai 2 kali kembang.
Bahan-bahannya:
300g tepung gandum
2 sudu besar minyak sayuran
sedikit garam
2 sudu besar susu tepung
(gaul rata bahan diatas)
140ml air suam
1 sudu besar (paras rata) yis segera
3 sudu besar gula
(satukan air suam, yis dan gula, then kacau hingga gula larut. Biarkan 5 minit sehingga yis berbuih)

Kemudian tuang larutan yis ke dalam adunan tepung tadi. Uli hingga tidak melekat dijari. Tambah tepung sedikit jika adunan lembik. Bentukan bulat-bulat dan susun di loyang. Biarkan 45 minit untuk doh kembang. Kemudian bakar selama 20 minit suhu 180deg Celcius.

Nota: Tidak perlu tunggu kembang 2 kali.

Tada... inilah hasilnya: lembut dan gebu...