Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 6, 2011

Roti Manis

Roti ni buat masa balik dari Trolak. Sedap dan lembut. Tanpa bread maker, tanpa softner, tanpa telur dan tanpa perap 2 kali.

Inilah hasilnya... Rasanya macam Bun KFC. Cubalah...

Resepinya adalah:
Bahan A
300g tepung gandum
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar minyak masak
sedikit garam
1/2 sudu bread improver
(satukan bahan di atas dan gaul rata)
Bahan B
4 sudu besar gula*
2 sudu besar yis segera*
140ml air suam*
(*satukan, kacau hingga gula larut dan biarkan yis kembang dlm masa 5 minit)

Tuang Bahan B ke dalam Bahan A. Uli hingga tidak melekat dijari. Dalam 10 minit. Tambahkan sedikit air jika perlu supaya doh lembut sedikit. Tidak perlu tunggu kembang. Bentukkan bulat2 kecil. Buat hingga habis. Biarkan 2 jam. Bakar selama 15 minit atau hingga kekuningan.


Workcamp di Felda Residence, Trolak

3-5 Mei lepas terpaksa pergi workcamp di Trolak... tapi nak buat cam mana dah urusan kerja... yelahhh harus patuh arahan kerana punca rezeki... terpaksa tinggalkan baby 2 malam. Perjalanan pergi hujan lebat dan balik pulak panas terik...





 Kolam Air Panas, Ulu Slim


Persinggahan di Taman Wetland, Putrajaya

Lepas balik dari rumah Awin, Sabtu lepas, kami sekeluarga singgah sekejap di Taman Wetland, Putrajaya dan pusing-pusing di kawasan berhampiran Masjid Putrajaya.