Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

Apam Kukus Gula Hangus

Hari sabtu lepas aku buat apam kukus gula hangus... seronoknya menjadi kali ini... lembut dan gebu sekali. 
 
Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 camca teh soda bikarbonat
2 biji telur *
1 cawan susu segar  *
1/2 cawan minyak bunga matahari *  
1 cawan gula [ cairkan hingga perang]
4 Langkah Mudah:
1. blend bahan yg bertanda * selama ~4 minit
2. masukkan gula hangus dan blend sampai gula hancur
3. masukkan tepung dan soda bikarbonat, kacau dan blend sekali lagi
4. masukkan dalam acuan dan kukus selama 20 minit.


No comments:

Post a Comment