Adunan kali kedua buat kul 11.30 malam. Pukul 12 malam siap kukus. Wowww "mabeles" sedap dan gebu sekali... yeyey jadi...
Bahan-bahannya:
1/4 cawan tpg gandum
3/4 tpg naik sendiri
1/4 cawan minyak
1/4 cawan gula perang
1 biji telur (kacau dgn garpu)
1/2 camca kecil garam
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
2 langkah mudah:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
2. Tuang dalam acuan dan kukus selama 20 minit.