Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 25, 2010

Roti Oh Roti...

Aku buat roti lagi petang sabtu lepas... Roti inti jem nenas dan serunding ikan... aku dah pandai buat roti...
3 hari pun rotiku masih lembut lagi dan sedap rasanya...

Resepi roti gebu aku:
Bahan A
340g tepung gandum biasa
2 sudu besar susu tepung (boleh ganti dengan susu pekat manis 1 sudu besar campurkan dgn Bahan B)
50g majerin (tak perlu garam sebab majerin dah masin)
(Satukan dan kacau rata/ramas dgn tangan)
Bahan B
1/4cawan air
1 biji telur
(Satukan dan kacau sebentar)
Bahan C 
5g yis segera
50g gula
100ml air suam
(Satukan bahan2 ini dan kacau hingga gula larut)

Caranya:
Masukkan Bahan B dan C ke dalam bahan A. Uli sampai kenyal lebih kurang 10 hingga 15 minit. Aku uli guna tangan jer..tak perlu kuat sangat menguli... kalau guna mixer pun boleh... Selepas itu, masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan doh mengembang selama 1jam 10 minit atau kembang 2 kali ganda. Kemudian uli semula doh untuk keluarkan udara dan bentukkan ikut suka. Bubuh inti ikut citarasa. Boleh juga letak sosej di dalamnya... setelah selesai biarkan setengah jam (kembang kali kedua) kemudian bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit. Setelah masak, sapukan majerin di atas roti agar kulit roti lebih lembut...

Inilah hasilnya roti yg saya buat tanpa bread softner and improver...

Doh roti yang sedang mengembang...


Roti yang telah siap...


Emmm... yummyyyy  Lembut dan gebu..

No comments:

Post a Comment