Bunga dah layu di pagi hari...
Monday, January 25, 2010
Bunga Bakawali di Rumahku
Bunga ini sangat harum bila berkembang... ada lagendanya ada orang percaya bunga ini boleh buat ubat sakit mata.. aku pun tak pasti... kat rumah aku ada tanam pokok bunga ini.. Ia berkembang pada waktu malam jer... harumnya semerbak ketika ia berkembang penuh... esok hari dah layu...
Roti Oh Roti...
Aku buat roti lagi petang sabtu lepas... Roti inti jem nenas dan serunding ikan... aku dah pandai buat roti...
3 hari pun rotiku masih lembut lagi dan sedap rasanya...
Resepi roti gebu aku:
Bahan A
340g tepung gandum biasa
2 sudu besar susu tepung (boleh ganti dengan susu pekat manis 1 sudu besar campurkan dgn Bahan B)
50g majerin (tak perlu garam sebab majerin dah masin)
(Satukan dan kacau rata/ramas dgn tangan)
Bahan B
1/4cawan air
1 biji telur
(Satukan dan kacau sebentar)
Bahan C
5g yis segera
50g gula
100ml air suam
(Satukan bahan2 ini dan kacau hingga gula larut)
Caranya:
Masukkan Bahan B dan C ke dalam bahan A. Uli sampai kenyal lebih kurang 10 hingga 15 minit. Aku uli guna tangan jer..tak perlu kuat sangat menguli... kalau guna mixer pun boleh... Selepas itu, masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan doh mengembang selama 1jam 10 minit atau kembang 2 kali ganda. Kemudian uli semula doh untuk keluarkan udara dan bentukkan ikut suka. Bubuh inti ikut citarasa. Boleh juga letak sosej di dalamnya... setelah selesai biarkan setengah jam (kembang kali kedua) kemudian bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit. Setelah masak, sapukan majerin di atas roti agar kulit roti lebih lembut...

Inilah hasilnya roti yg saya buat tanpa bread softner and improver...
Doh roti yang sedang mengembang...
Roti yang telah siap...
Emmm... yummyyyy Lembut dan gebu..
Langsir Baru
Aku tukar langsir baru yang dibeli di Nilai 3 hari Jumaat lepas. Tak sabar nak pasang... Hari Sabtu pagi aku pun start menukar langsir dan mengemas...
Friday, January 22, 2010
Kemaruk Buat Roti Lagi...
Malam tadi aku buat roti... Uli tepung pukul sepuluh malam... kononnya nak canai kali kedua kol 11mlm... tapi tertido pulak... terjaga kul 2pagi, terus bangun tengok doh roti... alamakkk dah penuh satu bekas... aku tenyeh jer... uli semula masukkan sosej... pastu biarkan setengah jam roti naik semula dan terus bakar 200 degree celcius selama 20 minit. Wahhh cantik gebu rupanya roti aku tuuu sedap.. jadi juga rupanya walaupun tanpa pelembut roti....
Wednesday, January 20, 2010
Keluargaku
Tuesday, January 19, 2010
Aku Berada di KK
Macam tak percaya aku berada di KK. Betul ke nih!! Banyaknya beg yg aku bawa.. sampai tak muat bonet kereta... Ada beberapa lelaki yg aku tak kenali pergi bersama aku... kenapa dengan mereka ni... sentiasa berada di sekelilingku... rimas aku dibuatnya... Tiba-tiba aku terdengar bunyi kicauan burung.. mencicip-cicip bunyinya.. dan aku tersedar.. bermimpi rupanya... kulihat jam menunjukkan pukul 6.30 pagi... cepat-cepat bangun sembahyg subuh... Perjalanan hidup hari ini pun bermula...
Monday, January 18, 2010
Rotiku... tanpa bread softner & improver
Rotiku..
Panas-panas sedap dan gebu… dah sejuk… hehehe tak gebu lakkk… tapi tak ler keras cam batu… bolehlah…
Lain kali nak try letak bread improver & softner… mesti jadi cam roti che Din…
Subscribe to:
Posts (Atom)