Roti sosej buat malam tadi.
Bahan2:
Bahan A
340g tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil bread improver
(Satukan dan kacau rata)
BahanB
1 biji kuning telur( kacau sebentar)
BahanC
5.5g yis segera (setengah paket mauripan 11g)
3 sudu besar gula (Boleh kurangkan)
140ml air suam
(Satukan dan kacau hingga gula larut)
Caranya:
Sediakan bahan A, B dan C. Masukkan bahan B ke dalam Bahan A. Gaul rata. Kemudian masukkan Bahan C dan uli hingga doh kenyal dalam 10 - 15 minit. Pastu bentukan ikut citarasa sendiri. Ambil sedikit doh, gulung memanjang dan lilitkan sosej. Buat sampai habis. Biarkan doh selama 1 jam atau doh naik dua kali ganda. Pastu bakar suhu 200 deg celcius 15 - 20 minit. Setelah masak, sapukan majerin atas roti yg masih panas supaya kulit roti lebih lembut.