Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 21, 2014

Cara keluarkan batu hempedu



Satu pengalaman untuk dikongsi bersama ini adalah kisah benar dalam kehidupanku.. Awal tahun 2011 aku diserang sakit yang amat sangat di bahagian tengah abdomen. Sakitnya tidak tertanggung rasanya. Aku ditahan di wad dan diberikan suntikan tahan sakit. Batu telah menyekat saluran dan menyebabkan aku mendapat kuning keseluruhan badan.  Keradangan pankreas telah berlaku . Doktor memberikan aku antibiotik. Setelah discan MRI didapati melebihi 10 biji batu besaiz kecil dalam pundi hempeduku. Alhamdulillah dengan izin dan kuasa Allah batu yg tersekat di saluran telah hilang dengan sendiri dan aku semakin pulih setelah beberapa hari. Aku bernasib baik kata doktor. Aku dibenarkan pulang. Doktor menasihatkan aku untuk membuang pundi hempedu agar kesakitan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.  Aku takut untuk buat operation dan mencari maklumat di internet untuk rawatan alternatif. Salah satunya ialah dengan memakan epal hijau. Aku ragu-ragu untuk mencubanya sehinggalah pada bulan Disember 2013 yang lepas aku tekad mencubanya.  Alhamdulillah dengan izinNYA batu berjaya dikeluarkan secara semulajadi  pada keesokkan harinya melalui pembuangan air besar tanpa merasa kesakitan. Batu berwarna hijau tua/ hijau kehitaman melebihi 20 biji timbul dipermukaan air. Ianya jelas kelihatan dengan saiz yang berbeza-beza. Terima kasih pada yang telah berkongsi info di blog (tak ingat blog siapa). Aku telah buat ultrasound dan didapati batu yang banyak dulu dah tinggal sedikit dalam pundi hempeduku. Aku akan mengulanginya lagi untuk membuang batu yang tinggal dan yang akan terbentuk pada masa akan datang. Cadangnya 6 bulan sekali InsyaAllah. Cara yang aku lakukan adalah seperti di bawah.  Sesiapa yang ingin mencubanya adalah disyorkan. Berusaha dan bertawakkal lah pada Allah. Dialah yang berkuasa menentukannya samada berjaya ataupun tidak.


Bahan yang diperlukan:
Epal Hijau- 36 biji utk 6 hari
Garam Epsom – 2 susu teh
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Minyak Zaitun – setengah gelas


Caranya:
 Hari 1 hingga hari ke 6
- makan 6 biji epal atau dibuat jus 3 kali sehari (2 biji pagi, 2 biji tengahari dan 2 biji petang/malam)
- makan nasi seperti biasa seeloknya jangan makan banyak.

Hari Ke 6
- Jangan makan malam. Makan sebelum maghrib dan jangan makan banyak sangat.
-
6 petang – Minum setengah gelas air suam dicampur  1 sudu teh garam Epsom
  (garam epsom untuk membuka saluran hempedu)
- 8 malam – Ulang minum air garam epsom
- 10 malam – minum campuran jus lemon dan minyak zaitun ( ½ gelas perahan jus lemon dan ½ gelas minyak zaitun) -suamkan gelas untuk mudahkan campuran jus.

- Tidur dan batu karang akan keluar keesokkan paginya melalui pembuangan air besar. Batu hempedu berwarna hijau tua dan akan timbul di permukaan air.

Harap dapat membantu sesiapa yang mengidap penyakit batu hempedu. InsyaAllah.

Thursday, February 13, 2014

Untuk perkongsian bersama

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR
         
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
         
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
         
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “
         
Bertanya siti Aisyah :
         
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara serentak?“         
Rasul tersenyum dan bersabda :
💥1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran          ” Bismillaahirrohmaan irrohiim,  ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
💥2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “          “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “
💥3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau          “ Astaghfirullaahal  aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x ).
💥4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )
         
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sedekah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....