Thursday, September 27, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Surah Al-Inshirah (8)
Maknanya:
- Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
- Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
- Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
- Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
- (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
- Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
- Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Monday, September 24, 2012
Menjadi Individu Yg Menarik
Sumber: MPKBBI
*Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.
*Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja
Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah. Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.
Walaupun anda suka memakai baju-T dan jeans, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.
Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.
*Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin. Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!
*Berkawan dengan sesiapa sahaja
Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa. Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok... masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau, kita mengaum!'
*Berterus terang, telus dan jujur
Ini tips yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada. Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan. Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat. Masyarakat bijak menilai. Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.
*Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.
*Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.
*Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.
*Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.
*Mempunyai keyakinan diri
Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.
TIPS MENJADI INDIVIDU YANG MENARIK
Lumrah
manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh
kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk
meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.
Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.
Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:
*Pamerkan air muka bertenaga
Sapa
orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang
bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali
berjumpa.Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.
Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:
*Pamerkan air muka bertenaga
*Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.
*Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja
Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah. Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.
Walaupun anda suka memakai baju-T dan jeans, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.
Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.
*Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin. Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!
*Berkawan dengan sesiapa sahaja
Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa. Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok... masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau, kita mengaum!'
*Berterus terang, telus dan jujur
Ini tips yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada. Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan. Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat. Masyarakat bijak menilai. Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.
*Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.
*Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.
*Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.
*Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.
*Mempunyai keyakinan diri
Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.
Anda Marah??? Bagaimana Mengawal Marah?
Untuk Peringatan Diriku Sendiri Yg Selalu Mudah Marah...
Sumber daripada: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandaraya Islam.
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair “Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”. Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia ” tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Amat penting mengawal kemarahaan supaya kita tidak cepat hilang pertimbangan yang bakal menyebabkan kesan yang lebih buruk.
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum ia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar. Itulah senjata orang-orang mukmin.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diaplikasikan bagi mengawal kemarahan untuk dikongsikan bersama:-
1. Tanamkan Sifat Malu Terhadap Allah
Kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
2. Kembalikan Semuanya Kepada Allah
Kita sering lupa pada Allah kalau kita marah. Makanya, kita harus ingat pada-Nya. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina
5. Berzikir & beristigfar
Perbanyakkan berzikir dan beristigfar serta baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas yaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
6. Minum Air kosong
Redakan keadaan marah dengan meminum air kosong. Ia akan menyejukkan dalaman kita dan meredakan kemarahan.
9. Tauhid kita perlu tepat.
Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

3. Berdiam Diri
Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4. Mengubah posisi
*Dalam keadaan berdiri (ketika kita marah), maka kita harus duduk…
*Dalam keadaan duduk (ketika kita marah), maka kita harus berbaring..
Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

7. Koyak kertas
Jika emosi itu datang dari seseorang atau lebih, maka cubalah tulis namanya di kertas atau buku .. Conteng atau koyakkan kertas itu bagaikan kertas itu adalah apa yang kita jadikan objek emosi.. tapi jangan terlebih hanya sekadar melepaskan perasaan.

8. Mengambil Wudhu
Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
9. Tauhid kita perlu tepat.
Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
Subscribe to:
Posts (Atom)